Pada  suatu hari, burung – burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang  bergembira, indahnya pemandangan yang dilatari bendang sawah padi yang  menghijau. Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang  menikmatinya. SubhanAllah.
Meskipun begitu, pernahkan kita termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan yang pernah kita lakukan atau yang dilakukan orang lain terhadap kita...menyebabkan kita bersedih....
     Jangan  bersedih , kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan  melahirkankan berbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara  ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu?  Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan jelah sipulan tu.  Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada  kita terus menyedihkan kita tapi hakikat yang patut kita sedar pandangan  Allah kepada kita lah yang perlu dan sangat kita gundahkan. InsyaAllah  bilamana Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia kan.” 
    aku mahu jadi "Doktor hati” yang sedang merawat sesiapa sahaja yang terluka termasuk hatiku. Merawat hati yang kecewa dek  tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu  lebih baik dan membahagiakan..



