CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 17 November 2011

arrrhhhhhhhhh

nothing

Wednesday 16 November 2011

cinta kadang tak memiliki


Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini.